Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) sentiasa melakukan penambahbaikan bagi kemudahan asrama dan bilik kuliah demi keselesaan para pelajarnya. Demi keselesaan dan kemudahan pelajar, KPTM sentiasa menggariskan beberapa perancangan terutama dalam membaik pulih atau menyediakan kemudahan terkini.
Sejajar dengan pengiktirafan pensijilan ISO 9001/2008 pada 30 Disember lalu, segala aduan pelajar diambil tindakan segera terutama berkaitan penginapan dan bangunan akademik.
Kemudahan asas untuk penginapan pelajar seperti tilam, katil, almari, meja dan kerusi sememangnya disediakan oleh pihak kolej.